rase x sabar sgt nak upload pic cincin ku..ehehe..petang semalam col tomei tanye cincin ku da siap ke belum..pastu terus SA tu ckp..baru je siap puan...hurayyy..x sbarnye dalam hati nak mengtest cincin itu...=)
bulan 8 aritu beli cincin risik..ni beli cincin tunang lak..ape2 pun aku puji betoi layanan SA di tomei alamanda tu..sooooooooo polite..udahle orgnye cantik..berbudi bahase lak..so apelagi..aku pun dah decide bby kate wedding gift nnt die nak bagi satu set barang kemas..so aku rase cam nak beli kat tomei lagi....ni ku pesembahkan cincin ku.....
yang simple white gold tu cincin risik, yg diamond tu cincin tunang...nsb baik de design tu lagi..tinggal satu je..mmg jodoh betul la...kate bby mmg cincin tu di takdirkan tuk aku..=)
30.9.09
cincinku
Posted by ms diaz at 8:23 PM 4 comments
deko ruang bilik tido
sempena perpindahan rumah baru kami di ipoh..
ayah mak telah menghadiahkan ku dgn wan
set bilik tido baru..ini bertujuan kerana
kami dua beradik akan kawin...ehehe..wan akan kawin on feb 2010
dan aku on okt 2010..aku mmg x sangke, tema utk engagement aku nnt
putih merah ala2 english style..begitu gak kawin nnt..sbb tu aku pilih
set bilik tido warna putih ala2 english..mmg cun sgt..
sygnye ku x dpt nak upload di sini sbb dari kelmarin ku cari usb
hone ku, tapi enggak jumpe2 sampe sekarang..=(
korek nye korek td ku jumpe deko bilik tido ala2 yg ku berkenan..ehehe
*
*
*
*
cantik x??????
Posted by ms diaz at 8:00 PM 1 comments
29.9.09
Kad Majlis Pertunangan ku
tule kad tunang rekaan ku sendiri..cute dan comei..ehehe..kepade sume bloggers yang de terbace kad ni, korang semua consider dijemput ok..dtgle beramai2 tuk memeriahkan lagi majlis ku nnt..*wink*
Posted by ms diaz at 9:43 PM 0 comments
contoh2 gubahan yang memikat hati (dri pihak lelaki tuk perempuan)
1) bekas coklat (tukarkan coklat jd warna putih pun agak cantik)
2)bekas cincin (mlm tadi dah beli di lovely lace alamanda...hurayy..sonoknye jumpe gak bekas cincin indaman hati ini...nnt ku snapkan pic nye..
3)bekas buah (mmg sweet sgt, kalo x nak epal, gantikan dgn buah anggur ke, or strawberi ke or buah naga ke..janji warnenye merah...)
walaupun pale ku pening, tapi hati ku tetap girang sebabnye persiapan dah hampir siap..even berjalan dgn lembab...lembab tu bukannye ape..ehehe sbb bulan2 raye ni makna byk so pergerakan pun jadi lembab lak..huhu
Posted by ms diaz at 6:47 PM 0 comments
28.9.09
2 minggu lagi
alahai cepatnye mase..
tinggal lagi 2 minggu je..
tahu x sepanjang cuti raye ni mmg ku x buat langsung sebarang persiapan tuk bertunang..
mane x nye parents bergelut dengan pindah umah baru..
raye pun ala kadar je..tahun ni raye gak byk konflik..ayh mrh aku sbb aku x bercakap dgn wan..
aku ni ego sgt ke??entahla ku pun x tahu nak ckp camne..tapi yg aku realize satu sikap buruk dlm
diri ku ni ialah, ku ni x suke ditegur, kalo ditegur mule la memuncung panjang, buat muke cam tahi..pastu aku ni x suke mengaku salah silap aku..udahla buat salah susah sgt nak mengaku..uish..
kadang-kadang tu aku sedar tapi tak tahu nape susah sgt nak berubah..
pasai hal pindah umah dah settle..cume proses mengemas nye belum lagi..sian gak kat mak kena mengemas sesorang..minggu ni nak balik ipoh lagi..ingatkan nak beli barang tuk bertunang sekali..
kalo boleh minggu ni memang nak settle kan sume bende yang boleh settle..kalo x pale otak aku ni
dok rungsing..lagi2 kena migrain...
Posted by ms diaz at 6:06 PM 0 comments
9.9.09
cepatnye mase..
ish, cepat betul mase berlalu sekarang ni..tgk la tinggal lagi 1 month, 1 week je lagi..
udahle kelam kabut nak pindah umah lagi..huhu..
tetiap minggu kalut balik ipoh..memang tahun ni la dikatekan bulan pose yg paling sibuk dalam hidupku..
tahun pas dalam bulan pose arwah makjang meninggal,tahun ni dalam bulan pose gak arwah opah wah meninggal..semalam tarikh yg paling bersejarah dan pilu 09.09.09, opah wah telah pergi buat
selame-lamenya..itula yang dikatekan dunia ini hanya pinjaman semata2..entah bile esok luse kite akan pergi meninggalkan dunia ini..
em,pasal persiapan tunang aku, so far still berjalan cume pale otakku ni poning pk pasal budget..huhu
em,pasai aku dgn die ok je..pasang surut cam pantai..tak tahula, lately ni aku jd sensitif, cepat nak marah, cepat nak naik angin..pastu merajuk je..diela, dah malas nak pujuk2 aku..sebabnye die kate kalo dipujuk lagi menjadi2..baik diam je..uish..geram tul!hopefully die akan syg aku buat selame-lamenye..amin..
Posted by ms diaz at 6:35 PM 0 comments
1.9.09
4 Isteri, tapi jagela yang pertama....naper nye?
Artikel ni ku dpt dr future fiance ku..tajuk die mmg menarik sekali..so, dikesempatan ini ku nak berkongsila pade mane2 lelaki yang berkeinginan nak tambah cawangan lebih dari satu.
"Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!"
Pas aku bace artikel tu kan, tetibe ku teringat movie "berbagi suami"..Kalo sesape yang dah pernah tgk mesti tahu cite tu camne kan..same la dgn ape yg ditulis dalam artikel..walau byk mane pun lelaki tu kawin, cume yang sanggup nak jage die hanya la isteri pertama..sbb isteri pertama tu la cinta yang terlalu suci sanggup berkorban ape saje..
Posted by ms diaz at 6:07 PM 0 comments