29.11.09

Seri Pengantin

tadi ku agak bosan, dan mate ku sakit menghadap pc..so, ku pun dogek2 la internet then terjumpe 1 artikel ni mengenai "seri pengantin"..so untuk member2 bride to be dan diriku sendiri, same2 la kite mendapatkan seri pengantin tu utk majlis kite nnt ..ehehe..


SERI PENGANTIN


Ramai percaya, amalan petua tertentu dapat menaikkan seri pengantin. Malah, ada yang mengatakan, pemilihan mak andam bersesuaian dapat menaikkan seri si mempelai. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan seri pengantin? Wajah tampak lebih berseri daripada hari biasa atau terpancar penampilan berbeza yang memukau pandangan?

Tidak kira apa maksud sebenar, seri pengantin lazimnya dikaitkan dengan penampilan istimewa bakal mempelai yang dirias cantik dengan busana indah menampakkan gaya Raja Sehari. Benarkah wujud seri pengantin atau sekadar cakap kosong bagi memuji bakal mempelai.

Realiti dan fantasi?: Pelbagai petua diamal bagi menaikkan seri pengantin baru

Seorang teman yang akan melangsungkan hari bahagia, resah apabila ibunya ‘memaksa’ beliau melakukan rawatan tubuh daripada hujung rambut ke hujung kaki. Seperti kata ibunya, tidak berseri pengantin kalau tidak mendapatkan rawatan sebegitu, apatah lagi ia hari bahagia yang mungkin berlaku sekali seumur hidup seorang wanita, berbanding lelaki yang berpeluang naik pelamin hingga empat kali!

Ada juga pengantin yang percaya sekiranya sering tampil bersolek di tempat kerja, maka pada hari bahagia itu nanti, wajahnya tidak mampu kelihatan berseri-seri kerana sudah terbiasa berias. Berbanding wanita yang tidak bersolek, wajahnya akan berseri-seri kerana sebelum itu sentiasa tampil polos tanpa dihinggapi secalit gincu.

Segelintir juga percaya kepada beberapa petua untuk seri pengantin yang diamalkan oleh orang Melayu seperti 44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar, kelopak demi kelopak setiap hari.

Malah 30 hari sebelum hari perkahwinan amalan mencuci muka dan tubuh badan dengan air rebusan daun sirih mampu mengembalikan kesegaran wajah selain keharuman bahagian sulit. Sejauh mana ia berkesan dan sejauh mana ‘kepatuhan’ wanita mengamalkannya tidak ada siapa yang tahu.

Ada pula yang mengaitkan ia amalan tidak masuk akal dalam zaman serba pantas kini dan tidak kurang juga menyalahkan golongan muda yang terlalu mengambil mudah soal perkahwinan serta kepercayaan dan amalan turun temurun.

Pro dan kontra pasti wujud dari pelbagai segi sekiranya membicarakan hal ini. Daripada pandangan pengusaha spa, mak andam dan ibu bapa pengantin, sudah pasti ia memberikan seribu satu nikmat, tetapi bagi empunya diri, iaitu si pengantin, sudah pasti ia tidak terlalu diberatkan sekiranya tidak ‘dipaksa’.

Pengurus Operasi Bersekutu Spa Martha Tilaar, Hotel Crown Princess, Zuraini Ahmad, berkata perawatan tubuh badan sebelum bergelar raja sehari sememangnya perlu apatah lagi sekiranya wanita berkenaan tidak pernah melakukan rawatan kecantikan tubuh badan, dan ia sebenarnya menjurus kepada aspek kecantikan dan keyakinan diri.

Mencantikkan diri daripada hujung rambut ke hujung kaki ibarat ‘mencuci’ serta mengembalikan kecantikan dan mulus kulit, yang sebelum itu mungkin tidak begitu dititikberatkan, tidak diberikan perhatian sewajarnya dan tidak pula dilakukan secara teratur.

“Pakej ditawarkan di spa untuk pengantin baru, biasanya menjangkau hingga ke tempoh tiga jam dan dilakukan untuk beberapa kali sebelum majlis berlangsung. Pakej pra perkahwinan umpamanya dijalankan untuk dua hingga tiga hari sebelum majlis. Ia membabitkan perawatan spa dan tubuh badan, perawatan wajah, mandian dan serta perawatan kuku tangan dan kaki.

“Kebaikan rawatan ini kerana ia dilakukan secara intensif dan perawatan ini paling cepat untuk membolehkan seseorang wanita itu mendapat ‘hasilnya’. Antara kebaikan diperoleh menerusi rawatan ini apabila wanita berkenaan mengenakan solekan, ia akan kekal lebih lama pada wajah kerana kulit sudah menjadi halus, dan sel-sel mati yang ada sudah dihilangkan menerusi proses rawatan,” katanya.

Beliau berkata, wanita sebenarnya lebih istimewa kerana banyak perhatian akan tertumpah kepadanya, daripada tutur bicara, alun langkah hinggalah ke bau tubuh. Pengantin yang bersedia sudah pasti lebih berkeyakinan berbanding yang bersiap ala kadar untuk hari bersejarah itu.

Tegasnya, perawatan tubuh seperti ‘ratus’ iaitu diasapkan bahagian sulit, satu lagi amalan dan kepercayaan yang amat perlu dilakukan wanita kerana perawatan yang mengambil masa hingga 20 minit itu boleh mengubati keputihan, selain mengharumkan bahagian sekitarnya supaya baunya lebih menyenangkan untuk menghadapi malam pertama.

Perawatan menggunakan ramuan rahsia ibu Martha itu dikatakan turut berperanan untuk kesuburan wanita dan ia dibuktikan ibu Martha yang dikatakan berjaya melahirkan anak pada usia 44 tahun.

Pengurus Spa Artiyana, Mimi Jamilah, berkata urutan pengantin perlu dilakukan untuk merehatkan minda selain membolehkan pengantin wanita, bertenaga serta mampu melalui hari bersejarah dengan lebih gagah dan tidak memenatkan.

Katanya, umum mengetahui bahawa urusan perkahwinan boleh mendatangkan rasa tertekan, dan menerusi teknik urutan dikenakan, ia mampu meredakan serta menyahkan segala kekusutan dalam minda.

“Memang benar urut boleh mengembalikan kecantikan kerana apabila diurut dan pengantin pula memperbanyakkan minum air, maka segala toksik akan terbuang menerusi pembuangan air kencing. Apabila kekotoran dan toksik dalam tubuh sudah terbuang, tubuh pula menerima urutan yang menyenangkan, sudah pasti ia terpancar menerusi air muka yang tenang.

“Bayangkan sekiranya pengantin sudahlah tertekan dengan pelbagai urusan, tidak pula menerima sebarang rawatan kecantikan dan urutan yang boleh menyahkan rasa bebanan itu, bukankah tubuh menjadi longlai dan muka pula mudah dihinggap jerawat?,” katanya.

Justeru beliau tidak menafikan seri pengantin adalah realiti dan bukan fantasi yang di war-warkan oleh ibu pengantin dan mak andam dalam kepercayaan Melayu semata-mata. Mungkin kerana teknik dilakukan dulu-dulu yang disertai jampi serapah, tetapi kini tidak ada lagi orang tua yang mampu melaksanakannya maka ia dianggap menyukarkan.

INFO: Rawatan bakal mempelai

* Sungguhpun perawatan tubuh badan elok dilakukan di spa dan pakar dalam bidangnya, tidak salah sekiranya anda mencuba melakukan rawatan sendiri di rumah. Menyental tubuh dengan hampas kelapa dan dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali boleh mencantikkan kulit.

* Tidak dinafikan aspek pemakanan perlu diberikan perhatian kerana ia boleh mengundang rasa kurang selesa perut dan menjejaskan kesihatan kulit menjelang hari bahagia. Justeru elakkan makanan berlemak dan berminyak kerana ia boleh menyebabkan tumbuh jerawat.

* Hakikatnya perawatan tubuh badan hanyalah sebahagian perkara penting yang perlu dititikberatkan, yang lain dan untuk menjadikan perkahwinan serba sempurna, beberapa bulan sebelum majlis pasangan sudah berkira-kira mengunjungi pameran perkahwinan untuk mendapatkan panduan berguna bagi dipraktikkan.

* Pemilihan motif untuk busana perkahwinan juga harus dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan raja sehari terlalu sarat atau terlalu ringkas selain memastikan ia selari tema majlis dan menampakkan anda cantik berseri, barulah berbaloi dengan usaha berkunjung ke spa sebelum ini.

4 comments:

ShalinzZ85 said...

salam
nice page
jom exchange link nak tak?

ms diaz said...

sure...*wink*

nisa said...

Hi Dear,
looking for 1001 sweet & fabulous gifts at very affordable price???
do visit my page,

http://gardenofgalleria.fotopages.com/

Happy Preparing for ur big day dear!!!

.:ANN512:. said...

dear..ouh..supposely my date exactly would b same like urs..tapi tpaksa di tukar..8/10/10 i nikah 9/10/10 my reception.anyway xchange link jom..:)

gud luck for ur preps!~ :)

 
Blogger Templates by Wishafriend.com