22.4.09

SEGALANYA TETANG CINTA...

ni article yg aku bace dari eh!..setiap bait2 dlm article tu betul2 membuat atiku terdetik..aku respek sgt pd penulisnye..ehehe

SEGALANYA TENTANG CINTA..
Cinta sejati tidak pernah mati, cinta agung bersemi selamanya tapi..

Dalam hati sy pernah tumbuh satu cinta.Cinta yg sayasendiri tdk tahu mana mula, mana akhirnya, tp masih terus bercambah dlm hati ini.Biar lamanya sudah seusia kanak2 yg sudah laju berlari dan mula mengeja, saya masih tercari2 di mana uniknya cinta yg tumbuh ini.Kerana dia, yg tdk pernah menjd milik saya walau utk seketika, masih terus tersirat wajahnya dlm hati saya.Kerana dia,yg x pernah memberi apa jua harapan, masih membuat saya mengharap. "Im a magnet to unavailable man,and im sick of it".Kerana sy telah menjadi manusia yg paling setia pd cinta yg bukan milik sy, maka sy x pernah sesal tuk mencintainya meskipun dia tidak pernah ternyata tuk saya. Kerana saya juge percaya pd pepatah inggeris "If u love someone, let them go.If they return to u,it meant to be.if they don't,their love was never urs to begin with..."

*aku nak mencelah skt..time skolah2 dulu aku pun percaye dgn ayat tu tp bile situasi yg same berlaku pada aku,aku cam confuse gak..actually sume tu takdir Allah..kite as a human cume blh m'agak je ape yg berlaku..tp sume tu belum pasti lg..ehehe

Kerana cinta adalah satu anugerah dari Tuhan, untuk kita melengkapi antara satu sama lain, untuk kita menghargai perasaan dan pasangan kita, tuk kita menyambung keturunan kita, tuk kita menilai erti kasih dan sayang, maka cinta yg tumbuh, haruslah dibelai, disirami, dibajai..agar tumbuhnya terus segar.Tidak layu ditelan zaman.Tidak hilang dimakan usia.Cinta umpama perkebunan bunga yg indah.Kelopak warnanya adalah cahaya, hijau kepingan daunnya adalah keikhlasan yang tulus, harum baunya adalah ketenangan. Keasyikannya adalah alunan rindu yg memukau, sepanjang usia ciptaan tuhan. Dan kita mahu terus duduk di situ. Kita mahu terus bermanja di lautan bunga mekar, hingga kita manusia yg lemah dan lalai ini kadang terlupa dengan hukum kejadian. Yang cantik pasti ada jelikya.Yang baik tentu ada buruknya. Dan bunga juga mungkin menjadi racun yg paling berbisa. Durinya mampu melukakan hingga jauh ke dasar hati. Kerana yang indah itu..hanyalah perkebunan bunga. Yang zahirnya hanya di mata. Dan hitamnya tersirat di baliknya.Cinta adalah hadia, lakaran dari hati manusia.Cinta adalah kesabaran.Cinta itu kemuliaan.Cinta tidak lahir dalam bisikan cemburu.Cinta x hdp dlm lingkungan keangkuhan kerana cinta bukan tuk dimegahkan. Cinta adalah kesopanan dan penghormatan.Cinta tidak mengubah manusia dan bukan alasan tuk mencari bidadari dlm diri sendiri.Cinta bukan tercipta dalam api kemarahan. Cinta x mekar dalam helah dan tipu daya tetapi selalu penuh dengan gembira dan kebenaran.Cinta selalu melindungi, selalu mempercayai, sentiasa penuh dengan harapan dan memori yang selamanyaterpelihara. Cinta adalah permulaan untuk segalanya.Cinta x wujud utk disimpan di dlm ati.Cinta perlu memberi dan menerima. "A song isn't a song until u sing it, a bell isn't a bell until u ring it, love in ur heart isn't put there to say love until u give it away"..

*aku nak mencelah lg..mmg cinta ptt ditunjukkan bknnye tuk disimpan..aku teringat cam iklan susu kot.ank tanye pd mak "mak nape siram pokok tu tetiap ari?" then mak die jwp "kalo kite sygkan sesuatu, mestilah setiap ari kite kena tunjukkan.."..camtula dgn cinta,ape slhnye kite luahkan perasaan syg setiap ari..bukan kna tangkap pun..tp lelaki x camtu..dek oleh ego yg tinggi diorg sggp mendiamkan diri hinggakan terlepas ape yg diorg miliki..tula lelaki..lebih sygkan ego tu berbanding wanita yg sggp hidup semati dgn mereka..bodohkan?

Cinta juga melicinkan dan memudahkan perjalanan hidup kita.Tapi cinta juga tidak selalu indah.Cinta penuh dugaan.Ia menguji kekuatan cinta.Melengkapkan episod kisah berkasih sayang.Cinta yang hadir selepas hujan lebih indah. Derainya lebih mengasyikkan. Kerana kita, jika ingin memuja pelangi petang, perlu juga sanggup bermandi hujan tika hangat panas mentari. Perasaan dicintai memberikan kita kekuatan.Dan mencintai menghadiahkan kita semangat.Kerana cinta itu saling melengkapi.Cinta sejati x pernah mati.Cinta agung bersemi selamanya.Tapi nafsu dapat melayukannya.Cinta adalah ikatan seumur hidup..Tapi ego dan cemburu mampu meleraikannya.Saya hanyalah manusia biasa yg masih mengharap.Kiranya dalam renyai hujan, dalam hangat mentari,dalam harum bunga, dalam indah pelangi..masih ada secebis harapan tuk saya.Mencintai tidak bermakna memiliki..

*Mencintai x bermakna memiliki = itu y aku pelajari dalam 8 tahun ni..mmg kisah cinta aku selalunya karan di tengah lautan..tp ia x mematahkan semangat aku..dengan rase2 cinta aku miliki sebelum ini sudah cukup bermakna tuk aku..pengalaman yg terindah x kan pernah aku kulupakan..ianya ibarat satu pengalaman yg dikurniakan oleh Allah tuk ku..

Mencintai dan mengenangya juga sudah memadai bagi saya. Tapi yang terindah dalam kisah cinta dan kasih sayang ialah ketika menakluki dan melengkapi kehidupan antara satu sama lain.Semoga masih ada jalan terbuka di hadapan saya.Semoga masih ada bulan bintang menyuluh kegelapan saya.Semoga masih ada mentari sudi memanaskan saya tika kirai hujan baru sejenak berhenti.Semoga saya belum sesat dan hilang .Kerana saya masih mahu mencari. Masih mahu mengharap.Andai kiranya saya berpatah sebelum menjumpainya.pohon agar ada yang sudi mengingatkan saya untuk tunggu seketika.Kerana saya percaya,cinta ini yang tumbuh dalam hati ini,tanpa sebab, tanpa alasan, adalah cinta sejati saya. Tapi seperti kata Helen Keller,"When one door of happiness closes, another opens".. Jodoh utk kita telah pun Tuhan tumbuhkan di atasnya.Hampir semua dari kita memilih tuk mencarinya sendiri.Tetapi jika kita sudah lelah dan putus asa mencarinya,mungkin sudah sampai masanye kita membiarkan ia datang mencari kita pula.Saya bersedia tuk jaga menjelang subuh dengan cinta baru.Pun..kalaulah saya mampu...

*impian writer tu cam aku..wlau berkali2 gagal dalam percintaan,aku ttp x kan give up tuk mencari cinta aku..kalo milikinya akan ku perliharanya dgn setulus hati..aminn



0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com