1.6.09

BERCINTA HANYA SETELAH BERSEDIA

Setelah sekian lame x menulis,kini ku kembali..ehehe..arini aku nak berkongsi mengenai satu topik, iaitu "bercinta hanya setelah bersedia"..tajuk tu adalah satu hasil nukilan dari seorang pakar motivasi yg begitu aku kagumi iaitu Dr. HM Tuah. Setiap hasil motivasinya begitu memberi kekuatan pada diri ku..Aku jumpe topik tu dalma majalah remaja..Tajuknye begitu mendalam sekali..ok la, dengan niat tuk berkongsi dengan sume, aku pun dgn rajinnye akan menaipkan artikel tersebut didalam blog ku ini..ehehe

Pernahkah kamu memancing ikan?Kalo x penah lihat pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?baiklah,katakan kamu menemani seseorang yg sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan die segera memutar pemutar tali pancing.sekali-sekala die menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan. Akhirnya, ikan itu dpt dinaikkan ke atas. Terkedik-kedik ia di hujung tali kail. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya.Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cube membebaskan ikan daripada mata kailnya.Tiba-tiba setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan,dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal?Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya,tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu?Bolehkah ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang sudah robek?Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati.Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek,dia tentu tidak dapat mencari makanan,untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu.Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.Begitu juga,setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah menjaga hatinya.Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja sebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.Sebab itu apabila kamu merelakan hati kmau untuk bercinta,seriusla dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kmau hanya main-main,akan ada pihak yang menangis.Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah,alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.Kamu kena faham,cinta pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga akhir hayat kamu.Ia ibarat gambar foto yang kamu simpan dalam album.Ia kekal di situ meskipun banyak lagi gambar yang kamu ambil dan kamu simpan dalam album.Ia kekal di situ meskipun ada banyak lagi gambar yang kamu ambil dan letakkan di atasnya. Cinta adalah fitrah manusia,TUHAN menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamb-hamba-NYA menjalani hidup mereka,tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.Kenapa jadi begitu?Jika kamu sedang bercinta sekarang ini,peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu itu kerana TUHAN.Hnaya cinta yang begini akan kekal,selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan. Maka itu, saya juga hendak menasihatkan kamu jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu.Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain.Sebab perbuatan yang begini akan hanya menghabiskan masa dan membazirkan air mata.Saya juga ingin mengatakan,jika kamu memancing,teruslah ambil ikan itu dan bawa pulang.Kerana itu lebih baik daripada kamu memasukkannya kembali ke dalam air keran perbuatan kamu itu memulakan satu derita.

So,itula topik yang disampaikan oleh DR. Tuah..sungguh beerti sekali..ye la,kite sebagai manusia biasa seringkali lupe dengan janji2 kite..bagi kite senang berjanji tapi susah menunaikan..kadang kala, kite x sedar secara x langsung perbuatan atau janji kite itu boleh membuat hati orang terluka..

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com