Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers

8.6.09

"TANPA SENTUHAN DIAZ"

terima kasih sesangat buat abg razzi kerana sudi mengarang puisi untuk aku..sggt cantik dan bermakna setiap bait-bait kate2 yg ditulis..hayatila..=)

Kempunan si bunga pari berterbang-terbangan
meliuk lintuk dahan-dahan atasan
bagai dipaksa sujud menyembah si bunga pari,
bunga-bunga durjana… cantik, tapi berbisa…

Tiada Diaz merasa, tiada Diaz menduga
akan bunga pari yang kian menerpa
kian menghasut dari balik alam sana…
menolak tiada tergerak, menghimpit tiada tersepit…

Namun Diaz, seolah-olah lemas…
Tanpa sentuhan, tanpa rasa…
kadang hiba, kadang sendiri…
apa mungkin dia sudah terlepas
akan cinta hati yang lama terpateri?

Atau ada sesuatu yang menghalang diaz?
Tanpa sentuhan, tanpa rasa…
tapi dipenuhi dengan berbagai-bagai onak
malah duri ghaib pabila jamah dicuba…

Hanya mu YANG MAHA ESA
hanya mu yang menguasai segala
apakah ini, tanpa sentuhan, tanpa rasa?…
apakah ini bisa lenyap dari hamba mu yang alpa?

Ya Allah, …demi mu, aku tetap berdiri
walau terpalit, walau sendiri…
Hanya satu pinta ini…
tabahkan jiwa ku yang semakin lemah dibuai iri…

Nukilan : Razzi Rahman
Istimewa untuk : Ms Diaz.

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com